Sy'Nota Kaizumi

Thursday, March 17, 2011

Aku (...)

(Shahfirulnizam Bin. Zakaria)

Aku Shahfirulnizam.. gambar yang korang sendiri pun leyh nampak dekat atas tu.. aku, keluar daripada perut mak aku pada tanggal 7/4/94.. hatoi!~ lebih kurang dalam 20hari lagi.. ulang tahun kelahiran aku.. ini bermakna, umur aku sudah 17tahun.. aku sedar, aku makin tua.. tapi.. Siapa? aku.. aku dilahirkan tanpa didikkan seorang lelaki yang dipanggil ayah@dady@abah@papa.. abah aku tinggalkan(cerai) mak aku.. masa tu aku baru sahaja keluar daripada perut.. itu, menurut cerita mak aku la an.. hurm, abah aku lansung tak azankan aku. nak tahu siapa yang azankan aku.. allahyarham Sop bin. Maslan.. dia atuk aku.. ada pernah ke, korang baca dalam hukum hakam agama.. seorang bayi yang baru dilahirkan, diAZANkan oleh atuknya..~ Sedangkan bayi itu, bapanya masih hidup.. sengalkan~ ^‿^ . 
kenapalah abah aku tak azankan aku dulu baru dia bla... semakin aku 
dewasa.. aku rasa diri aku ini sudah tidak lagi terkawal.. 
selalunya yang aku lihat, ramai kawan2 aku..takutkan pada ayah@papa@dady@abah mereka..
mereka still terkawal, "walaupun" ganas@nakal ^‿^. kadang2 sedih jugalah kan.. 
sebab kawan2 ada ayah@papa@dady@abah..
aku? hanya ada abang,kakak dan mak .. alhamdulilah, aku ada mereka..
tapi, mereka tidak mampu untk megawal aku.. seperti seorang ayah megawal anaknya..
aku semakin hari.. aku semakin liar.. aku bukan lagi dalam kalangan yang nakal.. tapi JAHAT! 
budak2 lain semua pergi sekolah.. aku? kemas rumah. duduk dalam bilik.. merayap.. kenapa tak kerja?
macam mana nak kerja. kalau tak belajar pandai2.. aku sudah cuba macam2 akal.. macam2 aku fikir..
tapi, semua itu, ibarat kertas kosong!, bila ditulis cantik. kalau dibiarkan.. kertas itu jadi kotor.. berhabuk..
bila aku cakap. macam mana nak berjaya kalau support daripada keluarga pun macam hidup segan,mati tak mahu..
BENCI!! aku benci dengan hidup aku sekarang.. aku tak pernah nak salahkan keluarga aku mahupun orang yang sepatut nya azankan aku, tp tak azankan pun...
ini semua salah aku sendiri.. aku patut nya corak hidup aku, dengan pekara2 yang baik.. yang positif..
Tapi! tak boleh juga kalau keluarga aku lepas tangan.. betul tak?.. hidup aku serba serbi tak kena..
buat itu salah.. buat ini salah.. hak! sucker la.. hurm, setiap jam berdetik, hidup aku gelisah. aku takut masalah datang pada aku,.
tapi, memang ternyata.. aku tak boleh lari daripada masalah Kecuali!, aku selesaikan masalah itu..
siapa yang boleh bantu aku dalam hidup aku? korang? sanggup ke? mesti tak punya.. huhu.. sambunglah ep-2 nanti keyh..
tentang.. Aku(...). Assalamualaikum

My Fan Page

0 comments: